nuffx

Khamis, November 25, 2010

sekeping hati sang bidadari

sekeping hati.

aku adalah insan yang punyai sekeping hati
sekeping hati yang tak dapat di jual beli
sekeping hati yang ingin mencintai
juga sekeping hati untuk dicintai
aku ingin menjadi insan yang mengerti
mengerti tentang isi hati
isi hati yang sangat suci
bagai embun di pagi hari

aku tidak mengharapkan wang berjuta kau beri
cukup lah dengan sekeping hati
yang bisa membuat diri aku tersenyum sendiri
aku tidak mengharapkan masa ku di isi
cukup lah kau temani di kala sepi

aku benci pada diri sendiri
kerna tak mampu hidup sendiri
mencuba berpijak di bumi
walau sepanas mentari
walau sedingin salji
aku mengharapkan kau untuk berdiri
sampai aku lupe siapa diri ini
diri yang hanye insan yang memberi
bukan insan yang di cintai

aku mahu hidup sendiri
tanpa kamu kamu kamu di hati
mampu kah aku berdiri sendiri?
entah. aku tidak pasti.

dulu
hati kecewa di tusuk duri
hadirmu buat aku mengerti
perlu membuang dendam di hati
kerna kau di hati kini

aku terlalu ego mencintai
mengharapkan kau untuk dimiliki
sampaikan aku lupe diri

aku mahu pergi
jauh..di hujung bumi
aku tidak sanggup untuk temui
insan yang melukakan hati
tapi aku tetap di sini
untuk dikau aku temani
walaupun hati dicaci maki
tapi aku tetap di sini
berdiri teguh bagai sang berani
tapi hakikat nye aku jatuh menyembah bumi

aku tetap kuatkan hati
kerna kau masih di sisi
tapi kini?
kau da jauh menyendiri
mungkin kau tak perlukan aku lagi
aku terima sekuat hati
walau berdarah kembali luka di hati
aku akn tetap di sini
sendiri mencari diri
bukan untuk di sayangi
juga bukan untuk menyayangi
tapi untuk habiskan sisa hidup ini
tanpa sang lelaki.
tanpa putera sang bidadari.

aku sudahi titisan air mata untuk kali ini
mungkin akan kembali lagi
selagi nyawa dalam diri...


















sekeping hati sang bidadari...

3 ulasan:

  1. perpisahan kat dunia juz a small matter..dari dlu awk bersedih...Allah tahu yang terbaik utk awak..mungkin perempuan tu bukan yang terbaik utk awak..dan awak deserve to get a better woman than her..
    plez wake up...dia bahagia tp awak tetap bersedih is no point..life must go on..bukakan hati dan pandang perempuan lain..
    sentiasa doa pada Allah jika dia bukan jodoh awak, jauhkan dia dari fikiran awak..


    sori, mungkin cara sy cakap kasar..but, i've hurt before tp bila sy letakkan diri saya dalam tangan Tuhan,saya jadi redha dan sy boleh buang perasaan sedih sy tuh...

    BalasPadam