nuffx

Ahad, Disember 09, 2012

hidup ini penanti

perjalanan tak akan berhenti..
walau hidup hanya sebagai penanti..
akan ku cuba lalui..
walau perih aku hadapi..
akan kuatkan diri..
walau jiwa ku mati..
hidup ini..
pasti pergi walau tak pernah ku ingini..
yang pasti tetap pasti..
walau hanya meratapi..
hari silih berganti..
namun aku akui..
dunia ini hanyalah sepi..
tanpa ada mengerti..
akan di akhiri...
dengan janji janji..
walau kesakitan aku lalui..
aku bahagia begini..
kerana aku tak daya lagi..
tak mampu lagi menghiasi..
dunia gelap ku sudah di hitami..
yang putih tiada lagi..

9DIS2012 azzbh

Isnin, November 19, 2012

IMPIAN

aku punya impian..
tapi mungkin sudah berlalu..
dan juga punya harapan..
yang telah bertahun hilang..
kini aku masih berjuang..
masih di beri perluang..
walau tanpa kehidupan..
walau penuh kesengsaran..
aku perlu teruskan..
walau aku dah tak harapkan..
walau tinggal kenangan..

hanya penantian..
menghitung hari mendatang..
mengabaikan keperluan..
hari terakhir adalah penentuan..

xxnovemberxx2012
     titik kehdupan
cabaran dan dugaan

Khamis, November 08, 2012

HARI2BERBICARA

Hari yang silih berganti..
Namun pada ku apalah erti..
Bila sentiasa bertemankan sepi..
Penulisan ini adalah penganti..
Penceritaan tentang diri..
Juga untuk yang akan merindui..
Kerana suatu hari aku pasti pergi..
Maka terhentilah cerita ini..
Pengabdian untuk di akhiri..
Namun semangat ku disini..
Bukan untuk di ratapi..
Sekadar untuk kekuatan hati..
Entah bila akan aku berhenti..
Dari menyatakan apa yang di rasai..
O6NOV2O12

Selasa, November 06, 2012

DUKA KAN LUKA

semalam adalah igauan..
walau tak aku harapkan..
telah cuba aku menjauhkan..
bayangan masih menghadirkan..
bila musnah segala impian..
hanya di bayangi kenangan..

hidup ini di kurniakan rasa..
sedangkan pernah kecewa..
kenapa aku di hadirkannya..
andai ia sekadar menduga..
tak cukupkah akan derita..
yang selama penah sengsara..
hati ini mudah menerima..
beri peluang pada hati bahagia..
sebalik beri parah pada jiwa..

apa makna hidup....andai tanpa rasa°°
tetapi jika rasa hanya di kujungi duka°°
mungkin lebih baik tak pernah ada°°

5NOV2O12 #

Ahad, November 04, 2012

berbaki lagi

Saat bila ku tahu..
Akan masa semakin hampir..
Tanpa ada tekan pada diri..
Seakan telah aku serahkan..
Menerima hakikat kehidupan..
Bersedia aku tentang itu..
Hari demi hari ku hitung..
Masa berdetik berlalu..
Mahu saja sekarang..
Tanpa menunggu waktu..
Tapi itulah percaturan..
Setiap permulaan..
Pasti ada pengakhiran..
Bila bukan aku aturkan..
Hakikat kehidupan..

Agar satu pemergian..
Tanpa tangisan..
Tanpa ada penyesalan..

4Oct2O12

Jumaat, November 02, 2012

seadanya

Dulu engkau adalah segalanya..
Walau kini kau masih utuh di jiwa..
Perlu aku menjauhkan..
Kerna aku juga perlu jaga perasaan..
Walau rasa ini tak pernah ku padam..
Namun aku perlu membiasakan..
Walau sekian kali untuk kekecewaan..
Aku perlu bangkit mengahkiri penghidupan..
Walau sisa ini amat memilukan..
Ketahuilah insan..
Tak terlintas untuk aku bermusuhan..
Seperti terima aku tentang kehidupan..
Pecaya aku pada ketentuan TUHAN..
Hidup ini tiada paksaan..

Aku menulis bukan untuk perhatian..
Sekadar mencari kekuatan yang hilang...

November2O12

Rabu, Oktober 31, 2012

perkenalanan itu

satu november..
tak pernah ku lupa..
aku pernah bahagia..
walau hanya pinjaman cinta..
juga kecewa buat sekian sekian kalinya..
bila kebenaran cinta..
ianya hanya kepura-puraan..
mungkin di cipta..
atas dasar luka dendam kecewa..
kerana kewujudan jiwa..
hanya kesensaraan dunia..
silap aku juga..
menaruh seluruh pecaya..
sehingga aku tak punya apa..
yang ada hanya duka bersisa..
untuk aku bangkit dari kecewa..
untuk aku bangun berdiri seperti sedia kala..

engkau datang dan pergi
november ini
yang ku harapkan tiada lagi
kenangan dan aku membebaskan.

pertemuan itu

sejak itu..
hati mula merindu..
walau setahun telah berlalu..
hidup aku sepi tanpa mu..
namun ingatan ku..
masih segar bayang mu..
walau ku tahu..
tiada wujud aku..
tiada bayangan ku..
di sudut hati dan fikiran mu..
ku tahu bahagia mu..
dengan dia putera kalbu..
harapan sama ku..
engkau bahagia tak melukai mu..

Rabu, Oktober 24, 2012

SEDAR

aku sedar apa yang terjadi..
aku tahu apa yang berlaku..
aku faham keadaan ini..
tetapi aku biarkan..
hati ini bebas merindui..

kini aku rasakan akan seperti dulu..
seperti sebelum engkau muncul dalam hidup aku..
walau aku tetap hidup dan teruskan hidup..
namun ada yang kurang..namun ada yang hilang..
walau aku mampu membohongi keliling hidupan..
namun aku tak mampu tipu diri ku..
aku tak mampu bebaskan hati ku..

namun biar aku sahaja yang tahu..
aku sahaja laluinya..

#24Oct2012

Isnin, Oktober 22, 2012

iGnore.

saya boleh ignore sms awak..
saya juga boleh ignore call awak..
tetapi tak mampu nak ignore rasa saya..
tak mungkin saya mampu berbuat demikian..
walau bertahun lamanya..
walau kemana saya bawa diri ini..
walau sekeras mana saya berusaha..
walau bermacam cara saya mencuba..
hakikat awak tetap ada..
walau bukan di depan mata..
tetapi tetap ada di jiwa..
dan kemana sahaja di bayangi..
itu paling teruk pada saya..
dan tak semua bahagian sempurna..
ada benda tak mampu untuk kita..
iaitu IGNORE apa yg kita rasa..

:: mungkin saya patut ignore lebih lagi..
  -facebook
  -twitter
  -blogspot


selamat hari lahir..
saya doakan awak bahagia..
awak miliki segalanya..


taklupa...
terima kasih untuk segalanya..
pernah meminjamkan rasa..
pernah meminjamkan cinta..

22 Oct 2012




Ahad, Oktober 21, 2012

hari ini..ada ceritanya

walau mungkin aku sudah tiada..
atau mungkin tidak wujud akan aku..
dalam hati kamu..
saat ini...ketika ini..
namun pada aku kenangan tetap ada..
aku biarkan ia tak terpadam..
aku biarkan hati berkeliaran...
tak penah aku lupakan..
walaupun aku menjauhkan..
bukan bermakna kau ku musuhi..
tidak juga aku membenci..
tetapi belajar untuk sendiri..
untuk proses mengubati hati..
........................................
aku pergi kerana aku mahu pergi..
kerana hidup tak boleh di bayangi.

906am21/10/2012

Ahad, Oktober 14, 2012

sekian kali

waktu telah berlalu.
namun aku masih begini.
di bayangi kisah silam.
di selubungi rindu dendam.
hati hanya berbicara sendiri.
kenapa harus terjadi.
kenapa harus aku lalui.
untuk yang sekian kali.

kenapa aku.
tidak mengertikah kamu.
sakit aku yang terdahulu.
dan kini sekali lagi.
luka untuk sekian kali..



14/10/2012

Sabtu, September 22, 2012

teman pengganti

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/

Isnin, September 17, 2012

kesekian kali aku menulis

kala rindu menyapa...
sakit hanya perindu akan terasa..
aku alpa..ralat tertanya tanya..
kenapa di ketemukan..
andai ia bukan yang di janjikan..
tidak perlu datang hanya sekadar tinggalkan kesan..
harapan tak semudah di padam..
harapan tak akan hilang..
sehingga ajal menjemputku datang..

tiada waktu mempermainkan perasaan..
namun tak ubah seperti barang gurauan..
jauhi aku dengan insan insan..
yang hadir sekadar singgahan..
bukan pohon untuk menumpang..
tapi akan tumbang dengan keikhlasan..

17september2012.
jika KAU dengar sakit ku ini..
beri aku jalan penyelesaian..
kerna hidup memerlukan harapan..




Rabu, Ogos 15, 2012

ARAH

bila tiada lagi makna..
akhiri sahaja perjalanan ini..
bila tiada lagi daya..
hentikan saja nafas ini..
bila bulan tiada lagi cahaya..
bintang juga malap tanpa seri..

perjalanan ini cukup panjang..
sehingga mampu melemahkan..
kini aku teruskan tanpa ada tujuan..
mungkin menanti hari berakhir penantian..
permainan dunia cukup menyakitkan.
realiti ini hanya khayalan..

15Aug2012.

Isnin, Julai 30, 2012

penamat langkah ini.

aku teruskan langkah..
walau tanpa arah dan sepi..
segenap aku lewati tak mampu hiburkan hati..
namun aku teruskan perjalan ini..
sehingga kaki tiada mampu melangkah lagi..
dengan sedikit kekuatan berbaki..
mungkin esok mungkin lusa aku pasti..
pengakhiran pejalanan ku ini..
kerna hati ku mati..
kerana jiwa ku pergi..
kerana hidup ini ku sudah akhiri..

Rabu, Julai 25, 2012

langkah

aku langkahi mencari sesuatu yg abadi..
namum sebelum aku mengakhiri..
beri aku kesempatan melakukan sesuatu berti..
aku akui kini..
belum mampu aku bebaskan cerita ini sepi..
hidup kini di atas simpati..
tanpa ada hala tuju sendiri..

sampai bila begini..
lelah aku sudah menanti..
lelah aku untuk menghitung hari..
bebaskan aku pergi dari belengu ini..
kerna tiada mampu aku menahan lagi..

Jumaat, Julai 06, 2012

RINDU INI LARUT

malam yang kini larut..
dan sepatut aku hanyut..
namun kini aku tersangkut..
dengan rasa yang tak perlu wujud..
namun aku bukan takut..
akan dengan bayangan maut..
cuma aku hilang arah untuk berpaut..
rasa datang tanpa aku jemput..
dan akan cepat pergi rasa kalut..
ini hanya buat ku semput..
hadapi menjelang esok..
agar ada erti hidup..

..rindu tak perlu untuk di ketahui.
cukup untuk sediri merasa...

Ahad, Jun 17, 2012

RINDU KU LELAH

waktu telah berlalu..
yang ada hanya rasa ku..
sendiri harungi liku liku..
mengenang janji janji dulu..
yang masih di minda ku..
hadir itu hanya palsu..
berlalu pergi bila waktu..
sekadar singgah lalu..
di hati tiada hasrat mu..
mungkin ini penghujung ku..
tiada kesal pada aku..
walau ralat membelenggu..
namun tidak hilang rindu..

p/s; berikan aku tidur secukupnya..
       terlalu letih aku begini..




Khamis, Jun 14, 2012

bicara tanpa suara.

tanpa suara ku bicara..
bertanya kan diri akan kita..
engkau mendengar tanpa kata..
andai kau rasa apa yang di bicara..
jiwa ini sentiasa bicara..
walau tanpa suara..
tanpa ada tutur kata..
diam tak bererti gembira..
diam juga ada derita..


Isnin, Jun 04, 2012

Kaku itu aku

kenapa harus terjadi..
kenapa harus aku lalui..
kenapa harus engkau hadiri..
kenapa engkau kembali..

di saat aku belum mampu hadapi..
aku tak pernah mencari..
malah akan cuba elakan diri..
ingin saja ku mohon mati..
kerna sudah tak daya lagi..
tiada kudrat menghitung hari..
tiada daya melangkah pergi..
aku kaku begini..
nafas seakan berhenti..
tiada denyut nadi..
darah yang mengalir di bekui..

bila penamat itu pasti..
aku redha akan apa terjadi..

Khamis, Mei 31, 2012

CUKUP SEKALI

selalu aku fikirkan..
akan sesuatu kejadian..
tanpa pernah aku fikirkan..
dunia ini yang tiada kejujuran..
kenapa TUHAN..
berikan aku perasaan..
kenapa aku di libatkan..
sedangkan aku tak punya kekuatan..
melalui hari hari kekecewaan..

cukuplah sekali..
tak perlu untuk kedua kali.. 
buanglah rasa ini..
agar tidak pernah aku miliki..
kerana terlalu sakit untuk hadapi..
kerana tak mampu lagi..
untuk bebani hati..
sejauh aku pergi..
namun tak pernah ku tenangi..
hidup hanya di hantui..







Rabu, Mei 30, 2012

DUNIA

dunia aku..
walau aku tahu..
hanya melintasi waktu..
menangung sedaya upaya ku..
walau kekadang aku buntu..
mencari sesuatu tidak akan ku temu..
selagi aku mampu..
selagi tidak tiba ajal ku..
kan ku menanti mu..

hari hari ku tanpa mu..
apakah makna hidup ku..
namun siapa aku..
hanya mampu di sudut bisu..
menyimpan rasa di sudut kecil ku..
tanpa ada sesiapa tahu..

bicaraku ; kesal tak pernah hadir..namun ralat itu datang.


Ahad, Mei 27, 2012

Jumaat, Mei 25, 2012

HARI HARI KU

hari berganti hari,,
masa berlalu pergi..
hati masih kekal di sini,,
menyimpan seribu duka hati..
setiap hari aku mencari..
setiap hari aku menanti..
walau harapan hampir mati..
namun ku tetap tak berubah lagi..
agar yang di rindu kembali..
walau aku mengetahui..
kisah dulu tak mungkin berulang lagi..
mengapa keras hati ini..
mengapa tidak ku lepaskan ia pergi..
dan kenapa perlu menyakiti..
sedangkan aku sudah tiada di hati..

**pergi 25052012

sebelum melangkan pergi lagi..
aku tinggalkan wasiat hati..

*doakan aku dapat ketenangan hati..

Khamis, Mei 24, 2012

cerita kita

aku mungkin tersenyum..
tidak bermakna aku sedang gembira..
aku tersenyum demi kekuatan yang ada..
walau sesakit kita rasa..
senyumlah sedaya upaya..
hidup ini perlu terus selagi ada nyawa..
sesuatu yang sukar untuk kita..
melupakan segala tentang dia..
yang dulu yang pernah bertahta..
namun aku tiada daya..
menyekat pemergiannya..
pecaya atas suratan ketentuan Nya..
jika jodoh ada tak akan kemana..
walau hujung dunia engkau berada..

cerita kita segar selagi aku bernyawa.
*24 mei 2012.

Rabu, Mei 23, 2012

tanpa kudrat

kuasa cinta.
mudah memperdaya.
hanya berpura pura.
penuh dengan tipu daya.
sekadar hilangkan duka.
kembali cinta lama.
kini sudah tak bermakna.
mana sumpah setia.
atau sekadar di permain saja.
itulah sandiwara dunia.
tidak pernah berakhir cerita.
aku hanya pengemis cinta.
juga inginkan bahagia.
namun ku tidak punya apa apa.
hanya indah khabar dari rupa.
memiliki rasa tanpa jiwa.
yang bila waktunya.
hilang di pentas dunia.

*31years21days.
sampai bila mampu bertahan
aku pun tiada jawapan.



Selasa, Mei 22, 2012

warkah cinta biasa

duhai cinta.
tanpanya aku derita.
walau ku tahu itu cinta.
hanya sesama manusia.
tiada akan kekal selamanya.
tapi itu sebahagian nyawa.
rindu itu mencekam rasa.
rindu buat aku sengsara.
ia menjelma tanpa ku pinta.
dan pergi sebelum ku bersedia.
ku tahu yang kekal mencitai NYA.
namun ku manusia.
ada rasa dan jiwa.
hidup di dunia nyata.
kadang kala perlukan akan ia.
hari hari cukup bermakna.
namun hilang arah tujuannya.
hentikan nyawa.
agar tiada ku tangung perihnya.

22mei20122
bernafas hanya sendu.




Jumaat, Mei 11, 2012

GETARHATI

jika engkau mengerti akan rasa ini..
andai kau tahu sungguh akan derita..
pasti engkau sedar akibatnya..
yang bersisa hanyalah harapan..
hidup ibarat kini tanpa bernyawa..
meneruskan kerna tangungjawab..
longlai berdiri kini ku rebah..
bergetar jiwa yang kini ku parah..
bila rasa menguasai aku lemah..
sesat aku tanpa pengertian..
...............
kini aku gentar berdepan hari..
ingin saja aku pergi..
kerna tidak mampu untuk aku hadapi..
menghitung hari berlalu sepi..
yang semakin jauh di sisi..
tetapi tetap tersemat di hati..
dengarlah rasa ku ini..
bebaskan jiwa yang dilukai..
berikan aku ketenangan abadi..

**2O12 MAY..






bertandang rindu ini

tak perlu untuk aku nyatakan..
andai kau tahu akan perasaan..
mulut tak akan menyatakan..
biar hati berbisik merindu ku pendam..
selagi mampu ku menahan..
selagi itu tiada kebenaran..
tidak pernah aku menbuang..
kerana tiada dapat untuk melupakan..
akan cuba ku pertahankan..
walau hanya aku sendirian..
rindu ini selalu bertandang..
kadang kadang melemahkan..
namun ku cuba berikan kekuatan..



11/O5/2O12**RINDU INI

Selasa, Mei 08, 2012

Cuba Bertahan

sampai bila akan ku bertahan..
seakan hari ku hampir datang..
hari demi hari ku teruskan..
namun diri ini tanpa kekuatan..
adakah ini pengakhiran..
adakah ini catatan..
sebelum aku hilang..
sesunguhnya tiada daya..
untuk ku teruskan..
namun tiada upaya ku menyerahkan..
biar ini satu perhintungan..
biar ini menjadi pesanan..

mungkinkah yang terakhir.
08/05/2012**noktah

Selasa, April 17, 2012

selalu aku fikirkan

selalu aku fikiran..
mana silap dalam perhubungan..
adakah suratan atau aku memang pembawa sialan..
ku akur namun ku perlu akan kepastian..
kasih yang ku harapkan..
yang tandang hanya kekecewaan..
kini seluruh rasa membelengukan..
tidak mampu untuk aku meneruskan..
segala kehdupan kini kelam..
tiada apa yang perlu aku kongsikan..
kecuali cerita kegagalan..
mana keadilan...mana erti kesetiaan...
mungkin aku tak punya kesempurnaan.. 
jangan di duga akan perasaan..
keran sulit bagi ku harungi hari hari mendatang..
terima kasih sayang...
walau hanya sekejap kau datang..
terima kasih sayang...
muncul memberi kebahgian..
terima kasih sayang...
akhirnya engkau hilang meninggalkan bayang bayang..
aku pasrah..dengan apa berlaku..
dan aku terima jika ini penghujung hayat ku..
suduthaty@2012


Ahad, April 08, 2012

garis masa

rasa ini tak pernah padam..
walau hanya selalu menyakitkan..
walau diri ku tengelam..
hidup ini tak pernah melupakan..
walau sesaat waktu berjalan..
ketahuilah insan..
jiwa ini kekosongan..
jiwa ini terlalu merindukan..
seperti semalam..
hadir yang mengembirakan..
namun realiti kehidupan..
setiap rasa adalah pinjaman..
datang dan hilang tanpa ada menjangkakan..
tangis tak mampu beri jaminan..
ia kembali pulang..

aku insan2012.


Rabu, Mac 28, 2012

DETIK

detik berlalu namun aku tetap begini..
masih mencari kekuatan hati..
belum masanya untuk ku mati..
walau tiada apa lagi perlu lalui..
hari ini aku masih berpeluang menikmati..
masih melihat walau hanya di bayangi..
ku akui sukar bagiku kini..
namun walau sukar menati..
hidup ini perlu ku sudahi...
walau tanpa yang memahami..
 28/03/2012

Ahad, Mac 25, 2012

HITUNG HARI

aku kuatkan hati..
berusaha demi hidup ini..
walau ku tahu perjalan nanti..
berakhir sudah tak kembali..
meniti hari demi hari..
sendiri berdiri sepi..
yang menemani sudah pergi..


Ahad, Januari 22, 2012

GERAKHATI

tidak ku membenci..
tidak aku mampu memberi..
namun ku terus perjalanan ini..
walau mungkin melalui..
laluan berbisa dan berduri..
ku tetap akan rempuhi..
walau berkubur pasti..
cinta ku masuh kekal di hati..
walau hanya aku merasai..
walau mustahil lagi..
namun ia tak penah mati..









walau lemah ku nanti..
akan tetap ku hadapi..
walau hilang disini..
tetap kekal di hati..

xxhambasepixx

Sabtu, Januari 21, 2012

RINDULAGI

rindu bertandang lagi..
namun ku kuatkan hati..
dekat kan diri pada ilahi..
agar permudah perjalanan ini..
walau hari hari ku lalui..
walau kini ku sepi..
namun cuba ku nafi..
tidak salah untuk merindui..
tapi biar ku sendiri merasai..
tak perlu untuk di kongsi..
moga ku di peliharai..
agar tenang melalaui hari sendiri..












berikan kekuatan..sesungguhnya aku amat lemah..
andai dia bukan milik ku jauhi hati ku dari ia..
perlihara hati ku..agar rinduku hanya buat jodoh ku..
xxhambahinaxx

Jumaat, Januari 20, 2012

CINTA DARI MU

ku cari kebahagian..
namun perjalanan ini tak seperti harapan..
pesan orang berpada dalam hubungan..
kelak nanti engkau sendirian..
merana pasti tiada kesudahan..
namun berterima kasih padamu TUHAN..
menemukan yang merubahkan..
walau tak kuat berdepan..
kini ku mencari ketenangan..
mendekatkan diri ku dengan mu TUHAN..
memberi daku kekuatan..
ku serah pada mu TUHAN..
menghitung nasib dan perjalanan..
agar selalu di permudahkan..
berikan aku yang menyenangkan..
bukakan hati pada yang membahagiakan..











xxobesstentangcintaxx
rindu ku..
cinta ku hanya buat isteri ku..
siapa?hanya TUHAN yang tahu..





Selasa, Januari 17, 2012

SEMUSIM BERLALU

SEMUSIM PERNAH BERADU..
KISAH ENGKAU DAN AKU..
LUPAKAN TENTANG HATI KU..
BIARKAN LARA BERLALU..
MENGATASI RASA RINDU..
CERITA CERITA TERDAHULU..
KINI BERIKAN SEDIKIT WAKTU..
KU MENGEMIS CINTA MU..
UNTUK TERUSKAN HIDUP KU..
WALAU TANPA MU..
DI HATI KU TETAP ADA KAMU..
WALAU WUJUD HANYA DALAM MIMPI KU..

KU TAHU..
TIADA SELAYAKNYA BUAT KU..
TERIMA KASIH KERNA HADIR DALAM HIDUP KU..
WALAU SEDETIK MASA LALU..
KINI KAU JAUH DARI KU..
MUNGKIN SUDAH TAK PUNYA WAKTU..
UNTUK KEMBALI BERTEMU..
AGAR KAU TAHU...
SAYANG KU TAK PERNAH KURANG SEJAK DULU..
KAN KU SIMPAN HATIKU..
HANYA BUAT KAMU...


SEMUSIM TELAH BERLALU..
YANG TINGGAL JASAD KAKU..







Isnin, Januari 16, 2012

BUANGRASA

ku tutupi mata..
namun masih melihatnya..
walau mencuba belbagai cara..
bayang bayangannya muncul jua..
namun entah bagaimana..
hilang di mata..tapi muncul di minda..

walau membutakan mata..
namun mata hati tetap melihatnya..
tiada dan upaya..
adakala merasa..perlu pejam untuk selamanya..
agar mati semua indera..
agar hilang semua..










16hari2012amerblogspot
agar ku ada kekuatan diri..
untuk bangkit lagi........


Ahad, Januari 15, 2012

ANGIN

jika aku hidup untuk sendiri..kini aku sepi.
jika aku di lahirkan untuk kecewa..kini aku merasa.
jika aku wujud untuk berduka..kini ku terima.
jika aku di jadikan untuk menangis..kini ku lelah.














xxnocodenamexx
kadang kadang...
hidup ini bukan buat diri sendiri..
tetapi kita hidup untuk orang lain..


Sabtu, Januari 14, 2012

MASA&WAKTU

hari demi hari..
waktu dan masa silih berganti..
satu per satu akan pergi..
agar tidak perlu lama ku menanti..
akan tiba masa perlu ku akhiri..
akan tiba masa perlu ku melupai..

agar masih ada kekuatan diri..
moga ku masih punya kekuatan hati..
menahan rasa ku dari merindui..
tabahlah hati..pecayalah akan diri..
walau gagal akan di duniawi..
tak perlu untuk meratap sepi..

kejarlah hari berbaki..
mengunakan sisa yang di beri..
mendekatkan diri..agar tidak kesal nanti..
kini ku redha andai di pulangkan kembali..
terima kasih atas yang mengasihi..
di beri perluang mengenali..
di beri peluang menikmati..











xxnocodename2012xx
aku ada kerna di izinkan..
aku pergi kerana suratan..

Selasa, Januari 10, 2012

HASRAT

hanya satu pinta ku..
jagalah aku sepanjang hidupku..
kerana aku manusia..
adakala mengikut rasa..
adakala terperdaya tipu daya..
lidah bisa berbicara..
tetapi tidak pada yang sepatutnya..
bawalah aku andai tiba waktu..
permudahkan perjalanan hidup ku..
pemudahkan setiap urusan ku..
walau ku tahu hina aku..
untuk meminta apa jua..
terlalu jauh darjat ku..
dan tidak layak buat ku..
meminta..
sebaliknya menerima ketentuan mu..



xxnonamecodexx2012
tiada yg paling bahagia dalam diri..
kecuali buat org lain gembira..

Sabtu, Januari 07, 2012

HANYASATU

andai hidup ku panjang..
moga ku tak pernah berhenti..
agar ku tak akan hilang..
dan aku ada untuk dia..
tetapkan hati ku agar tak terusik..
seperti hari pertama ku suka padanya..
dan sebegitu untuk selamanya..
walau ku tahu..
perbuatan ini mungkin sia sia..
namun ku tahu hati ku tetap satu..
kerna tak mampu untuk memberi lagi..
biar berakhir begini..
biar pernamat begini..
kan ku simpan harapan silam..
walau tak menjadi kenyataan..
akan tetap ku pertahankan..














amerblogspot-7hari di 2012

PINTAKU

selalu ku meminta..
sedangkan aku tak memberi sebaliknya..
ketahui hidup ini hanya sementara..
ketahi bila bila akan tiba..
andai tiba masa waktunya..
tiada lagi yang akan berguna..
tiada apa membantu kita..
sementara masih ada gunakan sebaiknya..
usah kecewa..
kerana setiap perjalanan kita..
sudah tertulis kekalnya..
cuma yang ku minta..
jagalah cara perginya..
biar sempurna tiada aibnya..
biar lengkap tiada celanya..
biar mudah agar tiada sakitnya..











xxcodenonamexx
07012012 02:21



Jumaat, Januari 06, 2012

hukum

hidup jangan di jangka..
takut kemudian akan merana..
hidup jangan banyak ketawa..
nanti akan menangis akhirnya..
bila percaya perlu berpada pada..
bukan bermakna curiga..
sekadar menjaga agar tidak kecewa..
hidup sentiasa bersedahana..
agar tidak akan alpa..
xxnonamecodexx



Rabu, Januari 04, 2012

kenapa rindu

rindu....hadir lagi untuk melemah..
rindu berulang lagi ketika ku berkeja keras tidak memikirkan..
rindu menyapa aku tika ku belajar melupakan..
sesungguhnya rindu itu cukup kuat dalam diri ku..
mengapa rindu..mengapa sukar bagi ku..
melepaskan semua yang berlalu...
rindu hanya kenangan..
rindu adalah kisah semalam..
kisah yang tak akan berualang..
rindu hanyalah harapan..
yang tak akan menjadi kenyataan..











berikan aku ketenangan dalam hadapi hari hari mendatang..
berikan kan aku kekuatan hadapi cerita silam..
amerblogspot2011

Selasa, Januari 03, 2012

KEKUATAN YANG ADA

KAU jauhi aku andai itu bukan hak ku..
jauhi aku dari rasa kesedihan..
ubati jiwa ku..kerana hanya ENGKAU.
mampu merubah segalanya tentang ku..
tenangkan jiwa ku andai kegusaran ku muncul..
sesungguhnya aku adalah golongan yang lemah..
sesungguhnya aku tiada kekuatan jiwa..
jagai aku andai tiada yang akan menjaga ku..
andai ku rebah..ENGKAU bangunkan aku..
kerana aku tak daya tanpa izin MU..
aku rindu akan kehidupan..
yang telah ku hilangkan terdahulu..








amerblogspot 03/01/2012

hari ini akan menjadi..
dan esok akan merubah hari seterusnya..



Ahad, Januari 01, 2012

hajatku

hanya mampu meminta..
melihat dari sudut yang berbeza..
jagalah hatiku kuatkan niatku..
sesungguhnya aku juga hamba MU..
aku tak terdaya..aku tak sekuat yang di sangka..
namun aku cuba dan terus mencuba..
andai aku berjaya ENGKAU jaga..
jangan biakan aku alpa..
permudah apa ku minta..
agar aku rasa hidup ini masih bermakna..


 amerblogspot 2012/01/01
 kau permudah urusan orang2 yg ku sayang..
 sesungguhnya ia antara semangat ku..
 InsyaAllah..