nuffx

Khamis, Oktober 31, 2013

semusim

Setelah sekian lamanya..
Telah aku lupa akan segala..
Kembali akan pada nyata..
Bila silam hadir menyapa..
Gusar akan hatinya..


Masih aku bernyawa..
Namun telah hilang bicara..
Semusim berlalu tawa..
Sendu jelas hiba..


Sejauh mana kita pergi..
Pasti akan kembali..
Sedalam mana kita sembunyi..
Akan dihidui..

Jumaat, Oktober 11, 2013

MULA AKAN AKHIRI

Aku bermula..
Dan hari ini pengakhirannya..
Suka duka telah aku rasa..
Dari seorang yang biasa..
Yang sentiasa berbicara..
Tiada kelua akan kata kata..
Mengerakan hati sebagai perantara..

Di sini mulanya..
Bait bait cinta berbunga..
Yang mula aku sendiri menafikannya..
Kerana aku tahu akan kesakitannya..
Kerana gagal kan derita..
Tetapi aku manusia..
Saling mengharapkan adanya..

Dan pengakhirannya..
Sesuatu itu tiada kekalnya..
Hidup pasti ada matinya..
Suka pasti temui sensara..
Gah akan runtuh jua..

11 Oct 2013.
Segalanya terungkai..
Segalanya terjawab..

Rabu, Oktober 02, 2013

NORMAL

Hadir engkau..
Seperti aku memerlukan udara..
Dalam ruang yang sempit..
Aku terhimpit..
Hanya sedikit udara..
Hanya sedikit upaya..
Tanpa sinar cahaya..

Tiada berbeza..
Malam atau siang..
Suram atau kelam..
Hanya kegelapan..
Itu yang kelihatan..
Hanya kesunyian..
Tergambar keseorangan..
Walau bayang meneman..

Di alam aku..
Terperangkap sepi..

October datang dan pergi..