nuffx

Rabu, Oktober 31, 2012

perkenalanan itu

satu november..
tak pernah ku lupa..
aku pernah bahagia..
walau hanya pinjaman cinta..
juga kecewa buat sekian sekian kalinya..
bila kebenaran cinta..
ianya hanya kepura-puraan..
mungkin di cipta..
atas dasar luka dendam kecewa..
kerana kewujudan jiwa..
hanya kesensaraan dunia..
silap aku juga..
menaruh seluruh pecaya..
sehingga aku tak punya apa..
yang ada hanya duka bersisa..
untuk aku bangkit dari kecewa..
untuk aku bangun berdiri seperti sedia kala..

engkau datang dan pergi
november ini
yang ku harapkan tiada lagi
kenangan dan aku membebaskan.

pertemuan itu

sejak itu..
hati mula merindu..
walau setahun telah berlalu..
hidup aku sepi tanpa mu..
namun ingatan ku..
masih segar bayang mu..
walau ku tahu..
tiada wujud aku..
tiada bayangan ku..
di sudut hati dan fikiran mu..
ku tahu bahagia mu..
dengan dia putera kalbu..
harapan sama ku..
engkau bahagia tak melukai mu..

Rabu, Oktober 24, 2012

SEDAR

aku sedar apa yang terjadi..
aku tahu apa yang berlaku..
aku faham keadaan ini..
tetapi aku biarkan..
hati ini bebas merindui..

kini aku rasakan akan seperti dulu..
seperti sebelum engkau muncul dalam hidup aku..
walau aku tetap hidup dan teruskan hidup..
namun ada yang kurang..namun ada yang hilang..
walau aku mampu membohongi keliling hidupan..
namun aku tak mampu tipu diri ku..
aku tak mampu bebaskan hati ku..

namun biar aku sahaja yang tahu..
aku sahaja laluinya..

#24Oct2012

Isnin, Oktober 22, 2012

iGnore.

saya boleh ignore sms awak..
saya juga boleh ignore call awak..
tetapi tak mampu nak ignore rasa saya..
tak mungkin saya mampu berbuat demikian..
walau bertahun lamanya..
walau kemana saya bawa diri ini..
walau sekeras mana saya berusaha..
walau bermacam cara saya mencuba..
hakikat awak tetap ada..
walau bukan di depan mata..
tetapi tetap ada di jiwa..
dan kemana sahaja di bayangi..
itu paling teruk pada saya..
dan tak semua bahagian sempurna..
ada benda tak mampu untuk kita..
iaitu IGNORE apa yg kita rasa..

:: mungkin saya patut ignore lebih lagi..
  -facebook
  -twitter
  -blogspot


selamat hari lahir..
saya doakan awak bahagia..
awak miliki segalanya..


taklupa...
terima kasih untuk segalanya..
pernah meminjamkan rasa..
pernah meminjamkan cinta..

22 Oct 2012




Ahad, Oktober 21, 2012

hari ini..ada ceritanya

walau mungkin aku sudah tiada..
atau mungkin tidak wujud akan aku..
dalam hati kamu..
saat ini...ketika ini..
namun pada aku kenangan tetap ada..
aku biarkan ia tak terpadam..
aku biarkan hati berkeliaran...
tak penah aku lupakan..
walaupun aku menjauhkan..
bukan bermakna kau ku musuhi..
tidak juga aku membenci..
tetapi belajar untuk sendiri..
untuk proses mengubati hati..
........................................
aku pergi kerana aku mahu pergi..
kerana hidup tak boleh di bayangi.

906am21/10/2012

Ahad, Oktober 14, 2012

sekian kali

waktu telah berlalu.
namun aku masih begini.
di bayangi kisah silam.
di selubungi rindu dendam.
hati hanya berbicara sendiri.
kenapa harus terjadi.
kenapa harus aku lalui.
untuk yang sekian kali.

kenapa aku.
tidak mengertikah kamu.
sakit aku yang terdahulu.
dan kini sekali lagi.
luka untuk sekian kali..



14/10/2012