nuffx

Sabtu, Januari 29, 2011

aku tak mengerti

sendiri mengisi ruangan ini..
bertemankan rasa tidak di mengerti..
yang mana tidak aku memafahami..
dengan apa yang telah terjadi..
kenapa perlu ada perasaan ini..
tidak layakah untuk di senangi..
tak cukupkah tersiksa merindui..
kenapa perlu di tambah lagi..
tak kuatkah hati ini mencintai..
sehinga ada yang meragui..
mungkin tidak layak buat diri..
untuk kebahagian turut di rasai..
atau sudah di takdir diri begini..

hidup ini sekadar menatapi..
kebahagian bukan selamanya di miliki..
tetapi sekadar pinjaman sehari..

HATI BERBICARA

apakah makna........ 
bila hati mengundang derita..
bila merindu hanya di bilang dusta..
bila menahan gelodak di jiwa..
yang pasti tidak ku berpura pura..
andai sudah tiada bersisa..
andai tidak lagi boleh menerima..
biarkan persoalan terlerai bersama jawapanya..
apakah ertinya.......
jika hadir di sama ertikanya..
hanya mewujudkan kebencian di hatinya..
namun andai itu ia bahagia.. 
ku relakan jadi korban pemuasnya..


larahati bercerita..10;26am 29jan2011





Isnin, Januari 24, 2011

POHON HATI

Dia yang ku miliki..
Seperti ibarat pohon berduri..
Walau dengan berhati hati..
Pasti akan tetap di lukai..
Setiap sudut ianya di hiasi..
Di penuhi duri yang menanti..
Hanya yang hadir menghargai..
Rela untuk tertusuk lagi..
Wujud diriku disini..
Akan setia sentisa menemani..
Biar luka di tembusi..
Namun berbisa sekalipun ku hadapi..

             maaf andai tak pernah aku menjaga sebaik baik diri mu..
                                                                                     maaf seandainya aku adalah sengsara bagi mu..
                       maaf jika diriku tidak seperti mahu mu..
                                                                                     maaf jika aku terlanjur mencintai mu

Sabtu, Januari 22, 2011

mengatasi segalanya



mungkin aku miliki dirinya..
tetapi bukan memiliki hatinya..
mungkin juga turut miliki jasadnya..
tetapi bukan seluruh jiwanya..
mungkin hanya ada rasanya..
tetapi tidak wujud di fikirannya..



BERIKAN AKU MAKNA

tiada bicara..
namun yang ada hanya rasa..
terbuang dan kecewa..
namun tak ku berdaya..
andai ku lemah harunginya..
tak perlu kuatirinya..
sudah ditentukan segalanya..
aku terlalu terbiasa..
terbiasa dengan duka..
tak dapat ku tunjukan cinta..
namun biar hati menyatakannya..




walaupun aku derita..
walaupun aku sengsara..
kan ku cuba berikan terbaik padanya..
semampu sedaya..
yang mungkin tiada makna buatnya..
yang mungkin kesilapan dibuatnya..
terlanjur bicara dan cuba mengharunginya..
atau sekadar berikan ku rasa..


Khamis, Januari 13, 2011

untukmu

sunyi hatiku tanpa kamu
resah gelisah tidak menentu
ingin sekali bertemu denganmu
dengan harapan melepaskan rindu

sentiasa di sisimu amat aku rindu
menyemai kasih yang lama berpadu
ku harap lama ia nya menyatu
bukan sekadar pengisi jemu

dulu
hatiku luka kerana cinta
perasaan yang kecewa tidak terungkap oleh kata-kata
aku rela membiarkan airmata melepaskan rasa
kerana tiada kata untuk berbicara

hatiku luka kerana cinta
perpisahan daripada nya tidak aku pinta
sekadar menyimpan rasa di dada
rasa kecewa yang tak terhingga
mengenang nasib malang menimpa
kerana cinta aku binasa

pemergian nya menemukan kita
di dalam sendu kita berjumpa
bercerita tentang nasib menimpa
yang kini menyiksa jiwa
sehingga tiada kata
yang berbicara hanya airmata

kuceritakan semua tentang dia
ku agungkan cinta ku pada nya
dengan hanya melepaskan rasa
tidak ku sangka kau yg terluka

aku mawar di taman larangan
ingin mencari seekor kumbang
untuk dijadikan pelengkap taman
bukan hanya mengisi ruang

tapi
layakkah aku bersama berteman
dengan seorang teruna idaman
kerana aku sekadar teman
untuk di jadikan mainan
bukan bidadari idaman.



khas untukmu

Khamis, Januari 06, 2011

kini selamanya

hari ini aku lemah mengharungi..
namun harap kau kan tetap berada di sisi..
mungkin esok atau mendatang hari..
akan sudah penat engkau menemani..
pasti aku melalui liku liku ini sendiri..
walau akan di selubungi sepi..
walau sudah tiada berdaya lagi..
kini aku masih tetap memberi..
setiap detik waktu engkau kekal di hati..
akan ku pertahankan ia dari pergi..
walaupun diri ku terkoban mati..