Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rindu

hilang

Imej
sendiri aku lalui hari demi hari.. kadang kala memakan hati sendiri.. tapi aku akui siapa aku untuk terasa hati.. siapa aku untuk merajuk diri.. namun ku lalui hari berganti hari.. memujuk hati demi untuk kekuatan diri.. adakala aku memang di tewasi.. dengan perasaan sendiri.. adakala aku lemah berdiri.. tanpa sesiapa sedari.. hari berganti hari tetap ku tempuhi.. walaupun adakala seperti mati.. kadang kala seperti hidup tak bermakna lagi.. bak sutera dihelai mawar

DERUAN INI

Imej
sayang.. seluas di sudut hati ini hanya milikmu. tiada ruang lagi untuk yg lain bertandang. rinduku..hanya pada kamu.. sayangku..hanya buat kamu sesunguhnya... tiada lain bagiku.. hanya kamu semangat ku.. bukan untuk kamu pecaya.. tapi sekadar untuk kamu tahu... amerblogspot.com 13;07 30102011

menjauh

Imej
bila terlalu sakit untuk merasai.. bila diri ini terlalu merindui.. dan bila engkau menjauhi.. yang ada tinggal ku sendiri.. sendiri memujuk hati.. memberi kekuatan pada diri.. walau ku cuba lalui sendiri.. tanpa kekuatan ku miliki.. namun cuba untuk berdiri.. walau hakikat aku sendiri.. tiada daya untuk merempuhi.. tanpa mu jiwa ku mati.. tanpa mu hidup ku hanya sepi.. agar kau mengerti.. isi hati ini.. 16052011-0101am hati ini berbicara

berjauhan.

Imej
satu tempoh masa yg akan ku lalui.. tanpa ada dia menemani.. aku sakit bila diri ini sentiasa merindui.. namun hidup harus di gagahi.. kerna aku tahu dia akan datang nanti.. datang ubati rindu ku ini.. menemani hati ku sepi.. hakikat harus aku lalui.. mengharap ia turut merindui.. i miss u.. need u datanglah walau hanya dalam mimpi.. hanya itu yang mampu aku hajati kini.. 050511-1611

HADIRMU

Imej
semalam... engkau datang sebagai semangat ku.. datang berikan jalan dan harapan ku.. membangkitkan rasa ku... hari ini... engkau datang sebagai kelemahan ku.. meminta kesempurnaan dari ku.. menghukum semahu mu.. tanpa tahu rasa ku.. usah memaksa andai tak termampu.. kerana cinta mu.. pasti membunuh ku.. agar rasa ini hanyalah bisikan tika sendu ku.. harapan ku kebenaran bukan begitu.. kerna hidup ini amat memerlukan diri mu.. sampai akhir hayat ku. 12032011@takbernama

merindui mu

Imej
bila sudah tiada akan daya ku.. langit cerah bertukar mendung kelabu.. hati sayu turut berteman pilu.. mana menghilang pergi bidadari ku.. andai ku punya mampu.. tak ku biarkan diri terseksa bisu.. kan ku cari setiap pelusuk diri mu.. agar dapat pengubat rindu.. namun apa daya ku.. hanya mengharap kedatangan diri mu.. yang entah bila di kunjung waktu.. menghitung hari hari akan berlalu.. adakah aku termampu.. menangung derita merindu.. setiap waktu kita harungi detik dan waktu.. namun kini engkau menghadkan bersamaku.. dan aku merasai kehilangan mu..... 02:19am..29/11/2009 RINDUKU