Catatan

bicara lagi.

setiap sesuatu ade permulaannya.. dan setiap permulaan ada pegerakan.. hingga sampai tahap ada pengakhiranya.. begitu la seterusnya.. hari bersilih ganti.. masa kan berlalu pergi.. tetapi kenangan tak pernah hilang.. tak pernah terpadam.. walau adakalanya ia hanya cerita yang suram.. banyak yang memilukan.. namum itu erti kehidupan.. pahit harus di telan..

SEPi LAGi

semusim kembali.. aku lalui hari hari sepi.. walau ramai yg menemani..  yang jelas ku sendiri.. semusim berlalu pergi.. penuh ranjau dan duri.. walau parah ku ubati.. walau sakit ku gagahi.. kini menati saat mengakhiri.. daya ku tiada lagi.. agar musim berlalu tak kembali.. dec fever.. sick .   

semusim

Setelah sekian lamanya.. Telah aku lupa akan segala.. Kembali akan pada nyata.. Bila silam hadir menyapa.. Gusar akan hatinya.. Masih aku bernyawa.. Namun telah hilang bicara.. Semusim berlalu tawa.. Sendu jelas hiba.. Sejauh mana kita pergi.. Pasti akan kembali.. Sedalam mana kita sembunyi.. Akan dihidui..

MULA AKAN AKHIRI

Aku bermula.. Dan hari ini pengakhirannya.. Suka duka telah aku rasa.. Dari seorang yang biasa.. Yang sentiasa berbicara.. Tiada kelua akan kata kata.. Mengerakan hati sebagai perantara.. Di sini mulanya.. Bait bait cinta berbunga.. Yang mula aku sendiri menafikannya.. Kerana aku tahu akan kesakitannya.. Kerana gagal kan derita.. Tetapi aku manusia.. Saling mengharapkan adanya.. Dan pengakhirannya.. Sesuatu itu tiada kekalnya.. Hidup pasti ada matinya.. Suka pasti temui sensara.. Gah akan runtuh jua.. 11 Oct 2013. Segalanya terungkai.. Segalanya terjawab..

NORMAL

Hadir engkau.. Seperti aku memerlukan udara.. Dalam ruang yang sempit.. Aku terhimpit.. Hanya sedikit udara.. Hanya sedikit upaya.. Tanpa sinar cahaya.. Tiada berbeza.. Malam atau siang.. Suram atau kelam.. Hanya kegelapan.. Itu yang kelihatan.. Hanya kesunyian.. Tergambar keseorangan.. Walau bayang meneman.. Di alam aku.. Terperangkap sepi.. October datang dan pergi..

Waktu Masa dan Aku

Hari ini seperti juga semalam.. Yang ada hanya kenangan.. Hidup yang suram.. Menemani kegelapan.. Selamat tinggal semalam.. Selamat tinggal keesokan.. Selamat tinggal mendatang.. Pasti pergi tanpa khabaran.. Seperti hadir tak di undang.. Dan perlahan lahan.. Musnah juga apa yang telah di impikan.. Tiada berkesan..lenyap akan.. p/s: aku lupa date..waktu dan sebagainya..

selalu hilang

Hari hari aku lalui.. Kosong dan sepi.. Satu persatu pergi.. Silih berganti.. Walau ku tahui.. Tiada satu kekal abadi.. Walau ku ketahui.. Masa tak akan di unduri.. Silam ku kembali.. Hadir musim berganti.. Yang hadir di perhentian ini.. Akhirnya berlalu lagi.. Hati berbicara sekadar pengubat lara. 20130813