Catatan

teman pengganti

Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama Sejak dua menjak ini Makin kerap ku diganggu visi Bila celik, juga bila mimpi Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi Dia membelaimu dengan izin dan permisi Sentuhan katanya semuanya kau iakan Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan Aku redha walau tidak ku damba Walau hampa semuanya dah dijangka Beberapa purnama dulu cinta bertahta Kenangan dibina kita indah belaka Ketawa bersama, menangis bersama Ku bersumpah harap kita mati pun bersama Namun hakikatnya, bukan mudah Aku sembunyikan gulana-gundah Segalanya kan berubah Dengarkan apa yang ku mahu luah *Rahsia ini Telah lama ku pendamkan Tiba masanya Segala-galanya Ku ceritakan Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali Tiba masanya Kau cari teman pengganti Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias Kita tak terlepas dari terkena tempias Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas Hanya kau yang tahu kodeksku yang komple...

kesekian kali aku menulis

kala rindu menyapa... sakit hanya perindu akan terasa.. aku alpa..ralat tertanya tanya.. kenapa di ketemukan.. andai ia bukan yang di janjikan.. tidak perlu datang hanya sekadar tinggalkan kesan.. harapan tak semudah di padam.. harapan tak akan hilang.. sehingga ajal menjemputku datang.. tiada waktu mempermainkan perasaan.. namun tak ubah seperti barang gurauan.. jauhi aku dengan insan insan.. yang hadir sekadar singgahan.. bukan pohon untuk menumpang.. tapi akan tumbang dengan keikhlasan.. 17september2012. jika KAU dengar sakit ku ini.. beri aku jalan penyelesaian.. kerna hidup memerlukan harapan..

ARAH

bila tiada lagi makna.. akhiri sahaja perjalanan ini.. bila tiada lagi daya.. hentikan saja nafas ini.. bila bulan tiada lagi cahaya.. bintang juga malap tanpa seri.. perjalanan ini cukup panjang.. sehingga mampu melemahkan.. kini aku teruskan tanpa ada tujuan.. mungkin menanti hari berakhir penantian.. permainan dunia cukup menyakitkan. realiti ini hanya khayalan.. 15Aug2012.

penamat langkah ini.

aku teruskan langkah.. walau tanpa arah dan sepi.. segenap aku lewati tak mampu hiburkan hati.. namun aku teruskan perjalan ini.. sehingga kaki tiada mampu melangkah lagi.. dengan sedikit kekuatan berbaki.. mungkin esok mungkin lusa aku pasti.. pengakhiran pejalanan ku ini.. kerna hati ku mati.. kerana jiwa ku pergi.. kerana hidup ini ku sudah akhiri..

langkah

aku langkahi mencari sesuatu yg abadi.. namum sebelum aku mengakhiri.. beri aku kesempatan melakukan sesuatu berti.. aku akui kini.. belum mampu aku bebaskan cerita ini sepi.. hidup kini di atas simpati.. tanpa ada hala tuju sendiri.. sampai bila begini.. lelah aku sudah menanti.. lelah aku untuk menghitung hari.. bebaskan aku pergi dari belengu ini.. kerna tiada mampu aku menahan lagi..

RINDU INI LARUT

malam yang kini larut.. dan sepatut aku hanyut.. namun kini aku tersangkut.. dengan rasa yang tak perlu wujud.. namun aku bukan takut.. akan dengan bayangan maut.. cuma aku hilang arah untuk berpaut.. rasa datang tanpa aku jemput.. dan akan cepat pergi rasa kalut.. ini hanya buat ku semput.. hadapi menjelang esok.. agar ada erti hidup.. ..rindu tak perlu untuk di ketahui. cukup untuk sediri merasa...

RINDU KU LELAH

waktu telah berlalu.. yang ada hanya rasa ku.. sendiri harungi liku liku.. mengenang janji janji dulu.. yang masih di minda ku.. hadir itu hanya palsu.. berlalu pergi bila waktu.. sekadar singgah lalu.. di hati tiada hasrat mu.. mungkin ini penghujung ku.. tiada kesal pada aku.. walau ralat membelenggu.. namun tidak hilang rindu.. p/s; berikan aku tidur secukupnya..        terlalu letih aku begini..