Catatan

ARAH

bila tiada lagi makna.. akhiri sahaja perjalanan ini.. bila tiada lagi daya.. hentikan saja nafas ini.. bila bulan tiada lagi cahaya.. bintang juga malap tanpa seri.. perjalanan ini cukup panjang.. sehingga mampu melemahkan.. kini aku teruskan tanpa ada tujuan.. mungkin menanti hari berakhir penantian.. permainan dunia cukup menyakitkan. realiti ini hanya khayalan.. 15Aug2012.

penamat langkah ini.

aku teruskan langkah.. walau tanpa arah dan sepi.. segenap aku lewati tak mampu hiburkan hati.. namun aku teruskan perjalan ini.. sehingga kaki tiada mampu melangkah lagi.. dengan sedikit kekuatan berbaki.. mungkin esok mungkin lusa aku pasti.. pengakhiran pejalanan ku ini.. kerna hati ku mati.. kerana jiwa ku pergi.. kerana hidup ini ku sudah akhiri..

langkah

aku langkahi mencari sesuatu yg abadi.. namum sebelum aku mengakhiri.. beri aku kesempatan melakukan sesuatu berti.. aku akui kini.. belum mampu aku bebaskan cerita ini sepi.. hidup kini di atas simpati.. tanpa ada hala tuju sendiri.. sampai bila begini.. lelah aku sudah menanti.. lelah aku untuk menghitung hari.. bebaskan aku pergi dari belengu ini.. kerna tiada mampu aku menahan lagi..

RINDU INI LARUT

malam yang kini larut.. dan sepatut aku hanyut.. namun kini aku tersangkut.. dengan rasa yang tak perlu wujud.. namun aku bukan takut.. akan dengan bayangan maut.. cuma aku hilang arah untuk berpaut.. rasa datang tanpa aku jemput.. dan akan cepat pergi rasa kalut.. ini hanya buat ku semput.. hadapi menjelang esok.. agar ada erti hidup.. ..rindu tak perlu untuk di ketahui. cukup untuk sediri merasa...

RINDU KU LELAH

waktu telah berlalu.. yang ada hanya rasa ku.. sendiri harungi liku liku.. mengenang janji janji dulu.. yang masih di minda ku.. hadir itu hanya palsu.. berlalu pergi bila waktu.. sekadar singgah lalu.. di hati tiada hasrat mu.. mungkin ini penghujung ku.. tiada kesal pada aku.. walau ralat membelenggu.. namun tidak hilang rindu.. p/s; berikan aku tidur secukupnya..        terlalu letih aku begini..

bicara tanpa suara.

tanpa suara ku bicara.. bertanya kan diri akan kita.. engkau mendengar tanpa kata.. andai kau rasa apa yang di bicara.. jiwa ini sentiasa bicara.. walau tanpa suara.. tanpa ada tutur kata.. diam tak bererti gembira.. diam juga ada derita..

Kaku itu aku

kenapa harus terjadi.. kenapa harus aku lalui.. kenapa harus engkau hadiri.. kenapa engkau kembali.. di saat aku belum mampu hadapi.. aku tak pernah mencari.. malah akan cuba elakan diri.. ingin saja ku mohon mati.. kerna sudah tak daya lagi.. tiada kudrat menghitung hari.. tiada daya melangkah pergi.. aku kaku begini.. nafas seakan berhenti.. tiada denyut nadi.. darah yang mengalir di bekui.. bila penamat itu pasti.. aku redha akan apa terjadi..