Catatan

AKU MANUSIA BIASA

 semua benda aku dah rasa sepanjang dalam hidup tinggal belum mati je.. sakit sukar di kianati tikam belakang kecewa payah di tipu kehilangan kosong dan mereka menyatakan itu bentuk ujian.. seorang yg bertauhid tak anggap semua tu kerana semua pinjaman harus di pulangkan.. berlapang dada. kerana roh juga pinjaman di datangi dengan janji tata setia.. yakin akan kententuan.. tak usah berlebihan..

AKUPENAT

  jika di tanya apa rasa nya sekarang  jawapannya sudah tiada rasa lagi aku memutuskan segala hubungan melibatkan rasa kenapa aku masih begini  jawapannya ini bukan pilihan yang aku pilih hidup aku tiada pilihan tiada jalan dan serah akan segala jalan ini mengikut apa yang tertulis tentang takdir ku ya aku lemah  aku putus harap dan dunia aku telah pun kosong

SANDARANHATI

Bebaskan rasaku yang di belenggu ingatan berlegar selalu mati rasa menjebak ku Silap aku pecaya akan janji mu memberi seluh jiwa raga ku tanpa tersisa buat kekuatan aku Mohon aku tetaplah baik selalu walau dunia bukan dunia aku walau bayangan menghantui aku kuatkan hati ku kepada Empunya ku serah seluruh raga ku hidup mati ku.

TERIMA KASEH PERNAH HADIR

semalam hari ini dan sebelumnya hanya jasad tanpa rasa hanya luka bersisa tiada ungkap dengan kata kata kenyataan telah di terima tetapi masih melekat sempurna bagaimana harus memadam rasa bagaimana buang segala aku memang bodoh percaya akan kata kata berjanji akhirnya dusta...

AKU MASIH DI SINI

 kosong ..  hanya tinggal kisah yg tak pernah terpadam yang tak pernah hilang walau aku terbuang sampai bila kan bertahan sedikit masa mungkin aku bakal tenang ini cerita kehidupan  walau kau telah habis berjuang tanpa kemenangan kehidupan tetap di teruskan walau rasa telah hilang mugkin ada yang memerlukan eshan  memudakan urusan insan walau hidup kau sudah karam.. 0333am 

all in..risk

 sebaik mungkin. jalani hidup ini. walau tanpa erti dan pengertian. sedikit saja mampu menghancurkan, kerana hidup sudah aku pertaruhan. kerana aku bukan lagi harapan. mungkin . sekadar meneruskan perjalan. walau dalam keesakan. sembunyi tangisan. walau tiada lagi jalan. harus hadapi mendatang. sesakit mana pun ujian. cuba telan. kerana tidak wujud pilihan. kejam. bermain dengan kehidupan.

kosong...

 harapan tinggal harapan. impian hanya angan. jalan tak kesampaian. tujuan patah di pertengahan. kaku dalam persembahan. hadir tanpa undangan. tersisih dari kehidupan. sendiri adalah pilihan. kesakitkan pernah pendam. tidak pernah padam. walau keras cuba melupakan. hanya kata kata kosong

02122024

seorang lelaki hari yang masih tersisa . sudah aku terbiasa . tempuhi kehidupan tanpa rasa . yang aku tak pernah terjangka . sesukar ini akhirnya . aku bukannya sesiapa . bukan apa apa . lisan juga tiada . kuburkan lah jiwa . agar tiada lagi luka . biarkan hanya jasad meronta . takdir sudah aku terima . damai lah sensara . waktu hampir tiba . 😏💪

bersyukurlah

 andai ini sebuah takdir ku . kan aku simpan setiap kenangan . walau hanya tentang kesakitan . aku ikhlaskan . kerana telah memenuhi jalan kehidupan . walau hanya mimpi . pernah hadir akan memori yang tidak akan terpadam . walau jalani waktu suram . masa yang terlalu panjang .. ikhlaskan, bila kau hadirkan rasa kehilangan . dan perpisahan itulah kesakitan. kini dan selamanya aku bertahan ...

Nafas akhir

seperti semalam cerita ini.. hakikat berbelas tahun sudah hadapi.. semua masih tersimpan rapi.. tulus dari hati.. sampai mati kisah ini.. dan jalan aku lalui..sakit sendiri.. akan ku akhirnya nanti.. lemah aku bertahan bergini.. hari demi hari berganti.. buat akhir kali..aku zahirkan disini.. sekian
sepertinya semalam kehilangan. masih segar di ingatan. adakah kerana ini kerinduan. atau kehilangan masih bersarang. mohon kekuatan. agar aku teruskan perjalanan. hadapi mendatang dengan tenang. hari ini aku berjuang. demi pembebasan.

Warkah akhir

Telat ini menghampiri bersisa nafas.. Berat dan terbeban.. Adakalah rasa itu mendamaikan.. Selebih adalah kesakitan.. Mungkin terlalu banyak dosa aku.. Mungkin ini jalan ceritanya.. Waktu ini hanya sisa.. Penamatnya akan cerita.. Yang hadir pernah memberi rasa.. Terima kasih walau sementara.. Dan pinjamannya cukup bermakna.. Secukup rasa.. Terima kasih.. Akan nyawa di beri Nya.. & aku hanya pendosa.. Nilai hidup lebih dari sepatutnya..

Dulu kini selamanya

Sekian kali bertahan. Segunung harapan tak kesampaian. Seluas lautan jika di kongsikan. Seperti halusinasi khayalan. Setia cuba di pertahankan. Sakit di abaikan hanya sakti menyembuhkan. Senyuman terukir riang. Seakan tiada penah mengundahkan.. Saat mata cuba di pejam..

DUKA

Duka Hadir bukan di minta.. Hadir tiada sesiapa suka.. Hadir tak semena.. Tetapi kesan ada sementara.. Dan ada sepanjang usia.. Hendak hadam akan duka.. Meranalah akan mereka.. Menyapa akan duka.. Tersakitlah jiwa.. Bukan jawapan untuk bahagia.. Andai duka menjelma.. Tiada ubatnya.. Teseksa Dan binasa.. Leraikan derita.. Akhiri sengsara.. 204/71119

LimaPuluhPeratus

Hakikat kualiti ini.. Beransur ansur.. Sendikit demi sedikit.. Lemah..kosongg..padah..resah Masa mungkin kisah akan segala.. Yang nyata tiada kelewatan.. Kan tiba dengan hati berlapanglah dada.. Tiada kan mampu menahan.. Hentikan waktu.. Khidmat sudah cukup.. Masa kian tiba.. Khilaf mohon ampun.. Hadir harus pergi.. Since198x

TEPU

Tepu.. Terendam kisah semalam.. Agar tiada dendam.. Harus tenang akan ketentuan.. Bina kekuatan demi kehidupan.. Walau mendatang samar akan harapan..walau semalam di penuhi kesakitan.. Adakala derita buat ketagihan.. 1sep2019

Hibernate

Sekian lama.. Kini kembali.. Kerna kenangan di sini abadi.. Sejauh Mana aku pergi.. Walau hujung bumi.. Aku lewati.. Jiwa aku tetap di sini.. Moga jumpa kembali.. Andai diri ini masih punya rezeki.. Walau tak semudah ku Cari..

Masih bertahan 2019

Walau tersakit.. Harus aku teruskan.. Walau terlindung.. Harus aku biasakan.. Walau memberontak.. Harus aku pejamkan.. Moga aku terus bertahan.. Terus akan kehidupan.. Dalam penghinaan meskipun.. Kisah lama aku tinggalkan.. Tetapi akhirnya datang pada permulaan.. Itulah kehidupan.. Walau jasad ini sendiri sekarang.. Hati telah lama mematikan.. Moga perjalan ini adalah.. permulaan kebahagian buat kalian.. Selagi nyawa belum terpisah badan.. Akan aku datang..singgah buat tatapan.. Walau hanya kegagalan.. Tetap aku kenang sebagai kenangan..  2019 jan 01

Haribisu

Kelu kaku. Suram itu aku.. Hanya membisu.. Rasa hadir memberitahu.. Hati ini rindu.. Jiwa ini membeku.. Namum tiada yang tahu.. Sakitnya itu.. Hari ku berlalu.. Namun masih aku.. Menanti janji² Mu.. Dan setia ku menunggu.. 12Nov2018

kerinduansemalam

sekian lama aku tinggalkan.. kini hadir rasa bersarang.. rasa yang hampir aku lupakan.. jiwa sudah lama terbenam.. aku jejak rasa semalam.. aku cari jiwa ku silam.. walau hidup sentiasa suram.. walau cuba aku tenteramkan.. hari aku masih keseorangan.. hati demi hati telah meninggalkan.. satu per satu..insan ku sayang.. hanya wujud di bayangan.. rindu ini tak tertahan.. rindu sungguh menyakitkan.. rindu ini menekam.. #rindunakkucupdahimu