Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

CUKUP SEKALI

selalu aku fikirkan.. akan sesuatu kejadian.. tanpa pernah aku fikirkan.. dunia ini yang tiada kejujuran.. kenapa TUHAN.. berikan aku perasaan.. kenapa aku di libatkan.. sedangkan aku tak punya kekuatan.. melalui hari hari kekecewaan.. cukuplah sekali.. tak perlu untuk kedua kali..  buanglah rasa ini.. agar tidak pernah aku miliki.. kerana terlalu sakit untuk hadapi.. kerana tak mampu lagi.. untuk bebani hati.. sejauh aku pergi.. namun tak pernah ku tenangi.. hidup hanya di hantui..

DUNIA

dunia aku.. walau aku tahu.. hanya melintasi waktu.. menangung sedaya upaya ku.. walau kekadang aku buntu.. mencari sesuatu tidak akan ku temu.. selagi aku mampu.. selagi tidak tiba ajal ku.. kan ku menanti mu.. hari hari ku tanpa mu.. apakah makna hidup ku.. namun siapa aku.. hanya mampu di sudut bisu.. menyimpan rasa di sudut kecil ku.. tanpa ada sesiapa tahu.. bicaraku ; kesal tak pernah hadir..namun ralat itu datang.

Khabita band.

Imej
hapuslah aku di hati mu.. jagalah selalu diri mu..

HARI HARI KU

hari berganti hari,, masa berlalu pergi.. hati masih kekal di sini,, menyimpan seribu duka hati.. setiap hari aku mencari.. setiap hari aku menanti.. walau harapan hampir mati.. namun ku tetap tak berubah lagi.. agar yang di rindu kembali.. walau aku mengetahui.. kisah dulu tak mungkin berulang lagi.. mengapa keras hati ini.. mengapa tidak ku lepaskan ia pergi.. dan kenapa perlu menyakiti.. sedangkan aku sudah tiada di hati.. **pergi 25052012 sebelum melangkan pergi lagi.. aku tinggalkan wasiat hati.. *doakan aku dapat ketenangan hati..

cerita kita

aku mungkin tersenyum.. tidak bermakna aku sedang gembira.. aku tersenyum demi kekuatan yang ada.. walau sesakit kita rasa.. senyumlah sedaya upaya.. hidup ini perlu terus selagi ada nyawa.. sesuatu yang sukar untuk kita.. melupakan segala tentang dia.. yang dulu yang pernah bertahta.. namun aku tiada daya.. menyekat pemergiannya.. pecaya atas suratan ketentuan Nya.. jika jodoh ada tak akan kemana.. walau hujung dunia engkau berada.. cerita kita segar selagi aku bernyawa. *24 mei 2012.

tanpa kudrat

kuasa cinta. mudah memperdaya. hanya berpura pura. penuh dengan tipu daya. sekadar hilangkan duka. kembali cinta lama. kini sudah tak bermakna. mana sumpah setia. atau sekadar di permain saja. itulah sandiwara dunia. tidak pernah berakhir cerita. aku hanya pengemis cinta. juga inginkan bahagia. namun ku tidak punya apa apa. hanya indah khabar dari rupa. memiliki rasa tanpa jiwa. yang bila waktunya. hilang di pentas dunia. *31years21days. sampai bila mampu bertahan aku pun tiada jawapan.

warkah cinta biasa

duhai cinta. tanpanya aku derita. walau ku tahu itu cinta. hanya sesama manusia. tiada akan kekal selamanya. tapi itu sebahagian nyawa. rindu itu mencekam rasa. rindu buat aku sengsara. ia menjelma tanpa ku pinta. dan pergi sebelum ku bersedia. ku tahu yang kekal mencitai NYA. namun ku manusia. ada rasa dan jiwa. hidup di dunia nyata. kadang kala perlukan akan ia. hari hari cukup bermakna. namun hilang arah tujuannya. hentikan nyawa. agar tiada ku tangung perihnya. 22mei20122 bernafas hanya sendu.

GETARHATI

jika engkau mengerti akan rasa ini.. andai kau tahu sungguh akan derita.. pasti engkau sedar akibatnya.. yang bersisa hanyalah harapan.. hidup ibarat kini tanpa bernyawa.. meneruskan kerna tangungjawab.. longlai berdiri kini ku rebah.. bergetar jiwa yang kini ku parah.. bila rasa menguasai aku lemah.. sesat aku tanpa pengertian.. ............... kini aku gentar berdepan hari.. ingin saja aku pergi.. kerna tidak mampu untuk aku hadapi.. menghitung hari berlalu sepi.. yang semakin jauh di sisi.. tetapi tetap tersemat di hati.. dengarlah rasa ku ini.. bebaskan jiwa yang dilukai.. berikan aku ketenangan abadi.. **2O12 MAY..

bertandang rindu ini

tak perlu untuk aku nyatakan.. andai kau tahu akan perasaan.. mulut tak akan menyatakan.. biar hati berbisik merindu ku pendam.. selagi mampu ku menahan.. selagi itu tiada kebenaran.. tidak pernah aku menbuang.. kerana tiada dapat untuk melupakan.. akan cuba ku pertahankan.. walau hanya aku sendirian.. rindu ini selalu bertandang.. kadang kadang melemahkan.. namun ku cuba berikan kekuatan.. 11/O5/2O12**RINDU INI

Cuba Bertahan

sampai bila akan ku bertahan.. seakan hari ku hampir datang.. hari demi hari ku teruskan.. namun diri ini tanpa kekuatan.. adakah ini pengakhiran.. adakah ini catatan.. sebelum aku hilang.. sesunguhnya tiada daya.. untuk ku teruskan.. namun tiada upaya ku menyerahkan.. biar ini satu perhintungan.. biar ini menjadi pesanan.. mungkinkah yang terakhir. 08/05/2012**noktah