Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

yang sempurna

aku tak pernah sempurna di mata nya.. juga tidak sempurna dari padangan ku.. malah di pengelihatan mereka.. namun aku cuba melakukan yang terbaik buat dirinya.. juga melakukan yang terbaik buat hati ku.. dan terbaik untuk mereka di sekeliling dengan ku.. semampu diri ku..sehabis kudrat ku.. walaupun adalah kegagalan dalam hidup ku..

kenangan semalam

Imej
kan ku simpan rapi setiap kenangan.. lantas di jadikan pengajaran dan pedoman.. walau hanya sebuah kisah suram yang di iringi tangisan.. walau hidup hanya bergelumang dengan kegelapan.. hidup ku kini hanyalah kekalutan semalam.. tiada di kunjungi bintang mahupun bulan.. hanya wujud kesepian jauh bergelinangan.. gelap di samping kelam malam yang suram.. tak berteman mahupun di hiasi gemelapan.. dan tak akan wujud di segenap alam.. esakan di iringi tangisan akhirnya membawa diriku tengelam.. layu terlena kerna kepenatan dan tesedar aku dari lamunan.. realiti hidup sudah menemui pengakhiran..

airmata suci

Imej
tanpa aku sedari mata ku berkaca lagi.. tiba tiba sendu datang lagi mengiringi sebak hati.. tak mampu untuk di bendung lagi.. lalu ku biarkan ianya mengalir sepi.. mengapa dikunjung lagi derita ini.. tak layak kah untuk aku memiliki damai hati.. terseksa jiwa ku ini..bagai di hiris belati.. tak tertahan pedihnya bagai mahu saja ku akhiri.. namun aku masih ada harga diri.. tidak akan melakukan pekara di benci.. biar hidup ini abadi namun tidak sesekali.. merosakan diri kerna tiada yang menghargai.. biar diri di caci di anggap tiada erti.. namun cintaku tetap kekal sampai mati.. hatyamer2010,

merintih sepi

hatiku mengeras membatu.. nafasku menghela laju.. bila darah ku sudah membeku.. jasad kejang membujur kaku.. itulah ibaratkan hidup ku.. mengharungi liku terdahulu.. menatapi wajah diri mu.. yang selalu bermain diminda ku.. memorinya dipadam tidak aku termampu.. atau selamanya akan menghantui hidupku.. berbekal kesedihan lalu.. kan membawa sehingga akhir hayatku.. jika sudah suratan begitu.. kan ku terima akan ketentuannya MU. agar damai hidupmu.. wahai sayangku..

CINTA ITU BUKAN MILIK KU

aku yang tak memiliki cinta.. tetapi hanya memiliki rasa.. engkau yang memberi dusta.. walaupun pahit akan ku telan jua.. kepuraan yang kau bina.. sehingga telah menjerat cinta.. kejujuran aku kau sia sia.. sehingga membunuh satu jiwa.. yang ikhlas mencintai dia.. parah hati jiwa terluka.. menghadap hari kemuka.. siang malam ku penuh duka.. tiada belas ehsan padanya.. mungkin telah tiada dewa cinta.. sampai tiada yang ingin membela,, akan musnahlah sang pencinta.. sudutkubercerita

hati tak berkelipan

berlalu sudah..lamanya silam.. namun seperti baru semalam.. cukup segar dalam ingatan.. selagi belum di ragut kewarasan.. hadir mu dulu memberi harapan.. berikan ku sejuta impian.. mengisi segenap ruang.. walaupun cerah tidak ke petang.. sendir mengharungi hari hari suram.. engkau bukan bidadari ku harapan.. hanya hadir sekadar persinggahan.. di tinggalkan tanpa pesan.. setelah mendapat putera kesayangan.. mengapa mengujung datang.. jika hanya mahu menyakitkan.. mengapa memberi harapan.. jika sekadar meniti jalan.. atau sudah naiwaitunya.. bertujuan mengecewakan... hati ku ilang arah~28/10/10

BUKAN BUAT KU

hati ku meronta lagi.. seakan mengetahui duka kembali.. cuba diri ku mengawal emosi ini.. namun daya ku tiada..kekuatan ku lebur.. hanya mampu mengalir hiba.. kesunyian menusuk ke dalam jiwa.. lantas hati kecil bertanya.. di mana cinta..mana hilangnya.. kenapa biarkan ku berduka.. tak sanggup rasanya..tapi apa daya.. semuanya bukan keinginan ku.. kenapa kembali duka.. sedangkan diri belum mampu menerima.. entah bagaimana liku liku mendatang.. adakah ketabahan atau selamanya menelan rasa. dengarlah hatiku berbicara.. sentiasa memanggil cinta.. walaupun ia hadir sekadar mengirim duka.. itu hakikat ku patut terima.. SUDUTHATIKU2010OCT

terbaik untukmu

segalanya aku berikan.. sedaya aku menyinta.. namun hatiku kau luluhkan.. kesedihan memanjang.. tiada yang ku harapkan.. hanya sebuah ikatan.. jujurlah padaku sayang.. jujurlah menyinta ku.. andai aku bukan pilihan.. berikan aku jawapan.. bukan berdiam tanpa ungkapan.. hadirlah..berikan kepecayaan.. yang cinta adlah tulus.. cinta tiada pengkianatan.. aku nantikan detik detik indah.. selamanya bersama mu..

kehadiran

dulu engkau bangkitkan diri ini.. dengan sejuta harapan.. dengan seribu kepercayaan.. kini engkau hancurkan diri ini.. dengan satu pengkianatan.. yang memisahkan keakraban.. sekarang jauh aku ditinggalkan.. lemah longlai keseorangan.. setelah kesetiaan engkau ragut kejam.. engkau pengubat jiwa ku yang luka.. tetapi engkau juga menambah derita.. engkau insan setia ku harapkan.. tetapi engkau pendusta mengecewakan.. terima kasih sayang atas apa engkau berikan.. terima kasih sayang atas penghinaan..

tanpa mu

hadirlah bidadari ku.. memberi ku nafas baru.. hanya itu semangat ku.. harapan ku terhadap mu.. jangan engkau hampakan ku.. pecayalah ketulusan hati ku.. hanya engkau ratu ku.. menghilang rsa gusar ku.. aku berharap kepada mu.. janji ku terhadap mu.. sehingga akhir nafas ku.. cuba membahagiakan mu seupaya ku.. kerna engkau kekasih ku.. hadirlah walau hanya dalam mimpi ku.. itu cukup berti bagi ku.. dan selamanya biar ku lena.. agar engkau sentiasa bersama ku.. setiap detik adalah manis bersama mu.. setiap nafas ku adalah cinta mu.. jangan pernah terlintas engkau tinggalkan aku.. kerana kekuatan ku hanya pada mu..

itu pasti

hari ini aku meneruskan hidup ini.. walaupun sepi menemani.. walaupun luluh di hati namun aku gagahi.. tanpa sedikit pun kekuatan zahir aku langkahi.. diri ini tak mampu berdiri , tak mampu ketawa lagi.. hanya melangkau sekeping hati yg terlalu sunyi.. jangan menduga hati ini , keperitannya tak tertahan lagi.. datang wahai bidadari ku..datang menemani ku disni.. datang memberi sinar kehidupan yang abadi.. longlai aku menanti tiada juga di kunjungi.. adakah selamanya aku hanya penanti.. menanti kehidupan yang tak pernah pasti.. atau menanti berakhirnya cerita duka ku ini..

tak perlu dikesali

tidak perlu... untuk ape?? untuk siapa? buat ape?? penat di tangisi.. mungkin tidak memberi apa erti.. namun aku pasti.. sudah tiada guna lagi.. untuk di kenang.. untuk mengisi hati yang sepi.. dunia hanya janji.. yang pasti adalah tinggal janji.. manis bicara dulu.. pahit kemudian hari.. tersurat takdir begini.. biarkan pergi..jangan pernah kembali..
bila satu jiwa itu telah lemah akan kerna seseorang yang bergelar wanita.. nescaya hatinya parah dan derita tangung akibatnya.. mati segala tentang dirinya..mati senyumannya. dan memerlukan masa yang lama untuk membangkitkannya kembali.. raut wajahnya penuh penyesalan..tiada sinar terpancar lagi.. hanya menanti pengakhiran.. ketahuilah wahai wanita wanita di luar sana.. memberi harapan palsu adalah membunuh jiwa yang memiliki cinta nan suci.. ketahuilah wanita tidak mengambil masa sehari untuk kembali pulihnya. jangan sampai kamu menyesali atas tindkan kamu.. jangan sampai ada jiwa patah lagi..
biar bumi hancur... walaupun lautan kekeringan.. tiada dapat ku sangkal.. tidak mungkin mengubah pendirian ku.. aku hanya yang setia di kianati.. aku manusia biasa yang punya hati.. namun hati ku telah mati.. mati di sebabkan kaum yang sepatutnya untuk di sayangi.. kaum yang sepatutnya lembut dan memahami tentang hati.. .........namun itu lah hakikat..yang sepatutnya tidak menjadi.. .........sebaliknya menjadi pengkianat diri.. .........namun suatu hari mungkin ada bidadari.. .........walaupun bukann di dunia ini..mungkin di akhirat nanti..
Imej
terima kasih atas pengalaman engkau berikan.. mungkin tidak akan pernah aku dapatkannya dari sesiapa.. kerana mungkin orang tak akan mengkianati aku sebegitu.. dan tidak akan pernah terlintas sekejam kamu.. itulah nasib aku bertemu dengan perempuan seperti mu.. cukup mudah meruntuhkan kepecayaan dan sukar untuk membangunkanya.. cukup mudah menghancurkan tapi tidak mudah membina kembali..

salam ku hulurkan

Imej
akan agar ada mengerti isi hati ku bukan hadir untuk mengharapkan simpati tetapi hanya mahu mengubati lara hati.. mungkin tidak akan ku memperohi ketenangan diri tetapi cukup buat hati ku berbunga lagi sebelum menemui ilahi.. hidup tidak sentiasa seperti kita harapkan bila bila kita akan perlu pergi walaupun tanpa kita sendiri merestui.. andai itu terjadi perlu di ketahui apa akan terjadi walau langit runtuh menghempap bumi.. masa yang ada hargai sebaik baiknya.. di perhentian ini aku mermehati..lulur hatiku menghulur salam..